Hati Qamra ..
Qamra.. seorang yang suka bercinta jarak jauh.. kerana dia bukanlah seorang yang sukakan perjumpaan antara laki dan perempuam melainkan atas nama kawan. Gagal dalam percintaan adalag perkara biasa yang amat menyakitkan.Percintaannya tidak pernah melebihi 6bulan.. terkadang terasa seperti terkena sumpahan ke atas dirinya.. tapi qamra selalu mendapat sokongan dari rakan-rakannya.. Dari percintaan pertama hinggalah yang ke ketiga,dia amat menyayangi mereka.. tetapi lain pada yang keempat.Kekasih Milik Rakan Qamra ..
Pangilan untuk lelaki itu cukuplah sekadar Im. Qamra pada mulanya hanya berkenalan dengan im di laman social,oleh kerana gaya Im tersebut.. Qamra mulai jatuh hati dalam diam. Tetapi harapan Qamra hancur bila mengetahui Im sudah menpunyai teman wanita yang amat cantik,soleha,bijak dan macam-macam lah.. bak kata orang perfect untuk dijadikan isteri. Apa yang lebih mengejutkan Qamra, Wanita tersebut adalah kawan nya sendiri. Qamra mengambil keputusan untuk berdiam diri dan buat seperti tiada apa yang berlaku.Berbulan berlalu, Qamra seperti mahu melupakan kisah itu dan memadamkan perasaanya terhadap Im dan menjalinkan hubungan dengan Shz. Tetapi terjadi sesuatu yang lebih mengejutkan, kekasih Im telah memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba dan Im langsung tidak dapat menerima hakikat. Im meminta pertolongan Qamra agar bertanya tentang keadaan Qamra kerana bekas kekasihnya itu masih berhubung dengan Qamra. Qamra dengan rela hatinya menolong Im, bertanyakan khabar bekas kekasihnya itu.
Selepas 3bulan berlaku terjadi tersebut Qamra telah mengakhiri hubungannya dengan Shz kerana Shz dapat merasai hati dan perasan Qamra bukan untuknya lalu Syz mengundurkan dirinya. Ketika itu Im masih lagi mengejar bayang-bayang bekas kekasihnya walaupun dia tahu yang waaita itu tidak akan kembali kepadanya. Qamra sentiasa disamping Im dan menemani lalaki tersebut. Qamra selalu menjadi pendengar setia dan penasihat untuk Im. Qamra amat sedih dan kecewa melihat Im seakan putus asa dengan hidupnya demi kerana seorang wanita. "alangkah indahnya kalau aku menjadi wanita tersebut", kata-kata itu selalu bermain di kotak hati Qamra tetapi Qamra hanya mampu melihat Im dan hentikan angan-angannya.
No comments:
Post a Comment