My Mp3

Thursday 14 January 2016

Hati Qamra 2

Hati Qamra part 2....

Keputusan Kehidupan Qamra

  Qamra mengelamun lagi, memikirkan tentang pertanyaan yang bermain didalam benaknya. tik! tik! bunyi mesej daripada Im masuk membuatkan Qamra tersentak buat kali kedua. "kau ni dah kenapa? dari tadi lambat je balas mesej aku, taknak cakap la aku tengah tunggu ni". Qamra benar-benar didalam dilema, bagaimanakah dia hendak memberikan keputusan?. Qamra menguatkan hatinya lalu bertanya kepada Im "kalau aku couple dengan kau, kau rasa rakan-rakan kita akan pandang serong tak?". Im terdiam dan kemudian dia membalas "kenapa perlu fikirkan perasaan orang lain?". Qamra terdiam membaca ayat-ayat daripada Im. Setelah berfikir, Qamra membuat keputusan untuk menerima Im dengan syarat Im tidak boleh menyebut nama bekas kekasihnya dan perlahan-lahan melupakan bekas kekasihnya itu. Didalam hati Qamra ketika itu hanyalah ingin menolong Im untuk melupakan bekas kekasihnya itu kerana dia sedih rakannya itu berterusan hanyut dengan bayang-bayang orang yang pernah dicintainya.

Krisis Percintaan Qamra

    Seminggu berlalu, Ibu Qamra mula perasan dengan tingkat laku Qamra dan Im lalu dia menyiasat mereka berdua dan akhirnya ibu Qamra yang bernama Rene itu bertanyakan kepada Qamra di laman Social Wechat. Rene bertanya didalam group Wechat tersebut "Ada apa-apa yang mum terlepas pandang ke?". Qamra mula merasa gelisah kerana didalam group tersebut ada Syz dan bekas kekasih Im. Qamra membalas mesej tersebut "Qamra minta maaf mum, Qamra tiada niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa". Kemudian Qamra terus beralih kepada personal chat Rene dan menerangkan segalanya. Rene agak terkejut dengan penjelasan Qamra dan dia menerima apa saja yang Qamra lakukan, dan dia tahu bahawa Qamra dapat membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri. 


Dua minggu Qamra dan Im bersama, mereka hanya berhubungan melalui laman social Skype. Walaupun mereka hanya membuat panggilan tanpa melihat wajah masing-masing, Qamra amat bahagia dengan keadaan bergitu. Sehingga mereka diuji dengan perasaan masing-masing. Im seorang yang suka menolong rakan-rakan yang mempunyai masalah, terkadang sehingga dia mengabaikan orang lain yang memerlukannya. Im mempunyai adik angkat bernama Sya dan adik angkatnya itu sangat manja kepadanya sehinggakan pada suatu hari Qamra mulai rasa tidak selesa dengan gadis tersebut. Setiap hari Im dan Sya berbual didalam panggilan laman social tersebut. Meskipun mereka bersama rakan-rakan lain termasuklah Qamra tetapi mereka seakan tidak mengendahkan orang lain didalam pangilan tersebut. Sya seorang gadis yang manja, dia mempunyai masalah emosi kerana telah kehilangan adik tersayangnya akibat lemas setahun yang lalu. Sya selalu bersedih seorang diri dan tidak ada tempat mengadu sehinggalah dia berkenalan dengan Im. Tetapi apa yang Im lalukan terlalu manjakan gadis tersebut sehinggakan Sya selalu merengek dan menangis padahal sebelum dia berkenalan dengan Im rakan-rakannya memberi tahu bahawa dia gembira,selalu berborak dan seperti rakan-rakanya yang lain. Qamra hanya bersabar sehinggakan pada suatu hari, Sya menangis kepada Im kerana dia terasa seperti diganggu makluk halus. Pada malam yang sama Qamra juga terasa seperti diganggu oleh makluk tersebut. Qamra cuba memberi tahu kepada Im tentang masalahnya tetapi apa yang Im lakukan hanyalah memberikan sepotong ayat al-Quran dan dia beralih ke Sya. Qamra cuba menahan cemburunya dan buat seperti yang Im katakan iaitu membaca ayat tersebut. Rakan-rakan Im dan Qamra mula perasan dengan tingkah laku Im yang meninggalkan Qamra keseorangan dan memberi tumpuan kepada Sya.
Mereka mula memarahi Im dan memberi nasihat kepadanya agar tidak meninggalkan Qamra keseorangan tetapi Im langsung tidak mengendahkan nasihat mereka. Qamra terasa seperti tiada siapa yang mempedulikan dirinya lagi. Dia terasa hatinya bagai kosong seperti tiada siapa yang dia bole bergantung saat itu lalu dia hanya baringkan dirinya dan menutup mata untuk malam itu. 
       Keesokan harinya, Im menelifon Qamra dan berbincang tentang perkara yang berlaku semalam. Im menerangkan kepada Qamra tentang hubungannya dengan Sya tetapi Qamra masih terasa hati dengan perbuatan Im dan secara tiba-tiba datang keberanian dalam diri Qamra untuk berterus-terang kepada Im. Qamra melepaskan segala isi hatinya kepada Im. Ketika itu Qamra bagaikan disampuk oleh sesuatu yang membuatkan dia tidak lagi kawal percakapannya dengan Im. Im terdiam seribu bahasa, dan kini Im mulai memahami isi hati Qamra yang sebenar. Tetapi apa yang kembali membuatkan hati Qamra bergetar apabila Im memberitahu Qamra yang Im tidak dapat menjanjikan hatinya kepada Qama. Hatinya masih milik bekas kekasihnya itu, dan Im juga ada berjanji dengan Qamra yang dia akan cuba sedaya upanya untuk menyayangi Qamra dan menjadikan Qamra pengganti bekas kekasihnya. Ketika itu hati Qamra tersentuh dengan kata-kata yang diucapkan oleh Im, walaupun Qamra tahu keputusannya untuk bersama Im ada risiko yang teramat besar. 

Percintaan yang semakin suram buat Qamra  

 Dua bulan telah berlalu, percintaan Im dan Qamra tidak seperti yang disangka oleh diri Qamra. Mereka bagaikan pasangan yang berkawan tapi mesra. Setiap hari mereka hanya berhubung sekejap sahaja tambahan pulan Qamra kini telah pulang ke hostelnya kerana cuti semesternya kini sudah tamat dan Im juga telah mengikuti khusus pembelajaranya sementara menunggu keputusan STPM nya keluar. Masing-masing sibuk dengan tugas harian, tetapi tidak bagi Qamra. Meskipun Qamra agak sibuk dengan tugas harianya, Qamra masih mencuba untuk berhubung dengan Im. Jika ada waktu terluang Qamra akan melihat Whatapps nya dan cuba melihat jika Im online atau tidak. Terkadang Qamra agak kecil hati dengan Im kerana apabila Qamra cuba berhubung dengan Im tetapi Im seakan tidak mahu diganggu. Qamra cuba menjaga hatinya dengan berfikiran positif. Terkadang Qamra sahaja membiarkan Im dan cuba tidak menghubungi Im, supaya Im dapat merasakan bagaimana rindunya dirinya terhadap Im. Harapaanya menjadi kenyataan apabila Im mulai menghantar mesej kepada Qamra dan menyuruh Qamra menelifonnya. Qamra terasa sungguh bahagia ketika itu kerana fikirnya mungkin Im sudah merinduinya tetapi hancur hati Qamra, Im tidak pernah mengungkapkan rasa rindunya kepada Qamra. Tetapi sekali lagi demi menjaga hatinya, Qamra cuba berfikiran positif dengan mengatakan mungkin Im malu untuk mengungkapkan perkataan seperti itu.
 

Pengakhiran Cinta Qamra...

Hari demi hari, Qamra mulai rasa tawar hati dengan percintaanya itu. Rasa rindu kian pudar, tiada lagi kata-kata manis dari mulut Qamra. Qamra rasa dirinya bagaikan diguna-guna untuk kepentingan Im. Ketika Im perlukan pertolongan dirinya Im akan cuba menghubungi dirinya. Nasihat Qamra langsung tidak diendahkan Im sehinggakan pada suatu malam, Im mengatakan bahawa dia merindui seseorang. Qamra tidaklah sebodoh yang disangka, Qamra tahu bahawa Im masih merindui bekas kekasihnya itu. Tetapi Qamra cuba menafikan kata-kata Im yang mungkin Im hanya merindui ibunya di kampung. Tetapi Im tidak pernah mengerti kata-kata tersirat dari Qamra. Im mengatakan bahwa dia telah menelifon ibu nya tetapi rasa itu tidak hilang dari dirinya. Ketika itu hati Qamra kian retak, Qamra cuba memberanikan diri untuk bertanya kepada Im "who am i to you?" lalu lain terdiam hanya terpapar "...." diruang mesejnya ketika itu tahulah Qamra bahawa Im tidak pernah mencintai dirinya. Qamra terdiam seribu bahasa, ketika itu hati Qamra bagaikan dihentak oleh batu yang amat besar. Berat sangat rasanya,sakit sangat rasanya. Selama ini Qamra hanya merasai cintanya sendiri. "tut..tut..tut.." tersentak Qamra dek bunyi mesej nya itu. Rupanya Im cuba memberi alasan dengan mengatakan "Im cuba untuk mencintai Qamra tapi Im tak mampu melupakan bekas kekasih im". Perkataan itu bagaikan batu yang cuba dilemparkan ke hati Qamra,tetapi Qamra masih cuba kuatkan diri dengan mengatakan bahawa dia tidak apa-apa.Ketika itu Qamra cuba untuk menasihati Im supaya apa yang berlalu and berlaku tidak akan kembali. Ketika itu Qamra berfikir "jika aku menangis,tiada siapa yang peduli dengan tangisan aku ini". Qamra cuba menahan tangisannya tetapi dadanya terasa perit sekali. Qamra tidak dapat meneruskan mesej bersama Im lalu dia meminta untuk mengundurkan diri dengan alasan ingin tidur. Qamra keluar dari biliknya dan cuba menenangkan hatinya dengan membuat kerja-kerja yang diberi oleh pensyarahnya dengan keadaan hatinya masih sakit. Perbuatan Qamra itu tanpa disedari telah menarik perhatian rakan sebiliknya lalu cuba untuk bertanya. Tanpa disedari,air mata menitis dengan sendirinya ketika itu. Mata Qamra bagaikan terbakar kerana menahan dari menangis. Akhirnya setelah didesak oleh rakan sebiliknya, Qamra menceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya itu. Setelah selesai meluahkan rasa hatinya itu, Qamra merasakan hatinya seakan ringan sedikit kerana dapat meluahkan apa yang terpendam. Qamra kemudianya cuba melelapkan mata untuk malam itu dan berharap esok hari baru untuk dirinya, Tetapi............. 

Sambungan Hati Qamra part 3

Hati Qamra

Hati Qamra ..

Qamra.. seorang yang suka bercinta jarak jauh.. kerana dia bukanlah seorang yang sukakan perjumpaan antara laki dan perempuam melainkan atas nama kawan. Gagal dalam percintaan adalag perkara biasa yang amat menyakitkan.Percintaannya tidak pernah melebihi 6bulan.. terkadang terasa seperti terkena sumpahan ke atas dirinya.. tapi qamra selalu mendapat sokongan dari rakan-rakannya.. Dari percintaan pertama hinggalah yang ke ketiga,dia amat menyayangi mereka.. tetapi lain pada yang keempat.

Kekasih Milik Rakan Qamra ..

Pangilan untuk lelaki itu cukuplah sekadar Im. Qamra pada mulanya hanya berkenalan dengan im di laman social,oleh kerana gaya Im tersebut.. Qamra mulai jatuh hati dalam diam. Tetapi harapan Qamra hancur bila mengetahui Im sudah menpunyai teman wanita yang amat cantik,soleha,bijak dan macam-macam lah.. bak kata orang perfect untuk dijadikan isteri. Apa yang lebih mengejutkan Qamra, Wanita tersebut adalah kawan nya sendiri. Qamra mengambil keputusan untuk berdiam diri dan buat seperti tiada apa yang berlaku.


Berbulan berlalu, Qamra seperti mahu melupakan kisah itu dan memadamkan perasaanya terhadap Im dan menjalinkan hubungan dengan Shz. Tetapi terjadi sesuatu yang lebih mengejutkan, kekasih Im telah memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba dan Im langsung tidak dapat menerima hakikat. Im meminta pertolongan Qamra agar bertanya tentang keadaan Qamra kerana bekas kekasihnya itu masih berhubung dengan Qamra. Qamra dengan rela hatinya menolong Im, bertanyakan khabar bekas kekasihnya itu.

Selepas 3bulan berlaku terjadi tersebut Qamra telah mengakhiri hubungannya dengan Shz kerana Shz dapat merasai hati dan perasan Qamra bukan untuknya lalu Syz mengundurkan dirinya. Ketika itu Im masih lagi mengejar bayang-bayang bekas kekasihnya walaupun dia tahu yang waaita itu tidak akan kembali kepadanya. Qamra sentiasa disamping Im dan menemani lalaki tersebut. Qamra selalu menjadi pendengar setia dan penasihat untuk Im. Qamra amat sedih dan kecewa melihat Im seakan putus asa dengan hidupnya demi kerana seorang wanita. "alangkah indahnya kalau aku menjadi wanita tersebut", kata-kata itu selalu bermain di kotak hati Qamra tetapi Qamra hanya mampu melihat Im dan hentikan angan-angannya. 

Keputusan untuk Qamra ..

Ketika Qamra sedang hanyut melayan rakan-rakannya di laman social, Im munculkan dirinya dan bertegur sapa dengan Qamra. "Mungkin Im ingin berubah dan meneruskan masa depannya",kata hati Qamra. Jangkaanya tepat dan apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila Im menghantar pesanan ringkas yang berbunyi "kau nak tak couple dengan aku?". Ketika itu jantung seakan berhenti,muka terasa panas,tangan mengigil. Perasaan ketika itu tidak dapat dinafikan lagi gembiranya rasa hati Qamra. Tetapi pada luarannya Qamra masih mengekalkan keadaanya yang cool kerana dia tidak ingin Im mengetahui rahsianya selama ini. Disudut lain dihati Qamra terdetik perasaan yang amat melemahkan dirinya iaitu, patutkah dia bercinta dengan kawannya sendiri? tidak salahkah perbuatannya ini? apa kata kawan-kawan lain jika mereka tahu dia bercinta dengan bekas kekasih kawannya?. Kata-kata itu mula menghantui dirinya. Tiba-tiba sesuatu mengejutkan dia dari lamunannya, Im meneruskan mesej nya dan bertanyakan kepada Qamra. "kau ok tak? kalau kau tak nak tak apelah" kata-kata Im bagaikan memaksa Qamra membuat pilihan segera antara cinta yang sekian lama diimpikan atau hati manusia yang akan tersentuh? Nantikan sambungan Hati Qamra part2 

Saturday 3 October 2015

Cinta Social Games

aku adalah seorang yang tak suka pada percintaan jarak dekat.. bagi aku, percintaan jarak dekat ni cukup menyusahkan.. cukup merimaskan.. dan yang penting aku tak dapat bayangkan kalau aku jumpa dia dengan pompuan lain... aku ni.. suka tengok hidup orang sekeliling.. aku banyak kali tengok.. kawan2 aku yang menangis sebab pasangan diorang ada perempuan lain dan bole pulak jumpa tengah date dua.. padahal sms kt kawan aku cakap demam.. stay kat rumah.. hahahaha.. WTF betol.. aku yang dengar pon mengelegak darah... oleh sebab semua ni la.. aku rasa better couple jarak jauh.. btw.. aku ni kaki gamers.. dan aku telah main 1 social games ni.. imvu nama diberi.. ewahh.. hahahahah.. dekat game tu.. aku dikenali dengan nama lisa.. btw nma real aku lain.. hahaha.. sebab aku xsuka campurkan real life aku dgn dunia fantasi aku.. lama jugak aku main game tu.. lebih kurang 5 ~ 6 tahun.. masa aku form 3, orang first yg aku jatuh hati dlm game tu.. nama id dia phantom.. dia gilakan vampire... hahaha... dan dia jugak budak kelantan.. sama baya dengan aku.. first aku bole couple dgn dia sebab aku just nk hilangkan bosan.. just play2.. tp.. tu la orang cakap.. nk kenakan org.. diri sendiri yang trkena.. hahaha.. yes.. i love him.. but.. sekarang aku sedar tu cintan2 kera je.. hahahha.. and kiorang break sebab benda yang xlogic.. kenapa aku cakap xlogic? hahaha.. mcm ni.. first mmng kmi cpl dlm game tu je.. tp 2month later.. kami cpl in real.. he said he also love me.. mmm.. ok.. prcaya jugak la.. tgh angau la katakan.. pastu aku saja pasang spy.. iaitu bff dia sendiri.. dia spy yg bagus sgt.. sbb one day.. dia chat aku kt fb.. ckp yg ex aku tu balik sekolah dengan pompuan lain.. pehh.. menyirap jugak la.. sebab time tu.. ex pulak xreti2 bls sms.. hahaha.. panas2.. so aku da mls sgt.. then aku sms karangan ckp aku nk break.. tp still xbls.. lps tu.. dia on fb.. then dia baru bls.. then he asked me why ? so aku cerita la semua.. lepas tu dia gelak.. then xlama lepas tu.. bff dia sms aku.. tanya apa yg aku ckp kt ex aku.. aku ckp.. aku just copy apa yg dia bgtau aku.. dia smcm ja.. pastu ex aku mcj aku.. ckp yg.. dia bru dapat tau yg bff dia tu sukakan dia dri dlu.. tp dia xlayan.. AND dia xsangka .. hahaha.. siapa sangka kan? so... aku pon xkan nk jilat ludah aku balik.. so kami just being friend.. that my first monkey love.. but.. after 4years later.. aku jumpa seorang laki bdk serawak beb..hahahaha..  dia noob sangat dalam game tu.. tp aku suka cara dia chat dengan kwn2 dia.. then.. prgai dia.. so aku kacau dia.. sampai la dapat... hahah.. susah jugak la nk tackle.. at last.. dapat jugak.. tp still couple dlm game tu je.. then.. semuanya brjalan dgn lancar.. smnggu kami couple.. dia cakap dia ada something nk bgtau aku.. and dia xkisah kalau aku tinggalkan dia sbb apa yg dia bgtau tu.. time tu aku suspend tahap babun da.. hahaha.. ada pompuan lain ke mamat ni.. tp lain yang dia bgtau... dia cakap yang dia bukan malay.. tp cristian.. ohh.. at first aku serious trkejut... tp ermm.. its ok.. lagipun aku xmngharap cinta mati pon dengan dia time tu.. dia trkejut jugak sbb aku terima dia.. but then dia senyum je.. tp game je .. time tu aku xtgk lg real face dia.. mmm.. gila kau susah nk tgk real face dia.. sebulan lps kmi cpl dlm game.. aku mintak cpl in real.. sbb aku rsa mcm suka2 gitu kt dia.. then dia trima aku.. wlaupon lmbat jugak react yg dia bg.. haishh.. tp dia trima sudah.. hahah.. then sebulan kmi real bru aku brjinak2 mintak number.. pastu real face.. susah jugak la nk pujuk.. tp dapat jugak.. happy? mmm.. ade la sikit.. so.. time tu.. dh trdetik rsa syg aku kt dia.. yg aku pling suka and buat aku jatuh hati dgn dia.. adalah suara dia.. serious mcm charlie (vocalist ST12).. hahah.. tp bukan tu je... dia sorg yg penyayang.. sorg yg caring.. tp bkn snang nk buat dia mcm tu.. at first aku knal dia.. dia seorg yg mls topup prepaid.. geram jgk la time tu.. alahai.. asyik aku ja yg kna call.. nk ws.. dia pkai fon 3310 je.. hahaha... serious stress.. tp aku brsabar.. sbb nk dptkan hati dia.. btw.. spjang kmi cpl.. kmi dh msing2 brjanji.. yg antara kmi.. xkn ada yg brcerak psl agama msing2.. kcuali ada yg brtanya.. so psl agama tu.. aku xkisah sgt la.. sbb kmi just cpl a.k.a kwn.. bkn nya nk kwin.. balik pada cerita td.. dgn sabar aku.. dia akhirnya mula brjinak2 topup fon.. then kmi mcj.. yg buat aku mkin syg kt dia.. sbb dia serious caring.. sbb bila aku xbls mcj dia.. mesti dia akn call aku.. tnya..aku ok ke tak.. knpa xbls.. call tu bkn dgn nada mrh.. tp dgn nada risau.. hahaha.. seumur hidup aku.. first time laki layan aku mcm tu.. btw.. dia kerja kt kedai sushi.. then bla time rehat je.. mesti dia akn call aku.. and aku tau jadual hidup dia.. hahaha.. aku ingat smua (pdhal jdual hidup sndiri pon xtrurus) hahahaha... then waktu mlm pulak dia kerja guard.. ganti mak dia.. sbb dia xsangup tgk mak dia kna jaga waktu mlm.. sejuk hati aku dgr time tu.. hehe...ada 1 bulan tu.. dia xdapat online sebab laptop dia rosak so aku dpt on the fon dgn dia waktu mlm je.. time tu lak dia tgh kerja. so aku teman la.. konon nyaa.. pdhal rindu sharian xcontact.. hahaha.. on fon suara dia lain mlm tu.. then aku tnya la.. pastu dia cer yg dia rindukan kwn2 dlm game tu.. dia mmng sygkan kwn2 dia and kwn2 aku.. sedih jugak la.. so aku suruh dia ckp apa yg dia nk ckp then aku record then send kt group chat kmi kt ws (dia kn xda ws).. sedih jugak la.. tp dia buat2 suara ceria.. pdhal aku tau dia tgh nangis.. abis2 record tu.. dia punya meraung.. hahaha.. aku pon meraung sma.. sedih dgr dia ckp.. serious cra dia dia rindu gila kt diorg.. 1month after that.. laptop dia dh ok.. so dia back main game tu.. bla dia back online.. dia trkejut.. sebab aku makeover avatar dia .. dri noob to macho guy.. haha.. aku sja nk suprish kan dia.. dia happy.. then kiorg lepak mcm biasa.. tp.. ada something buat aku kurang selesa.. bff aku ni.. dia bkn main rapat dgn ex aku.. siap gurau peluk2 lg.. even game.. jga hati kwn la beb.. tp aku mrhkan diri aku.. sbb prasangka buruk dgn bff sndiri.. then.. after 2month bff aku tu jmpa kwn bru a.k.a geng bru.. ok xkisah bdk tu msuk dlm geng kiorg.. sbb dia mcm msuk kepala.. tp mkin lama.. bff aku tu mcm mkin rapat dgn bdk tu.. and xhiraukan aku.. tp aku xkisah pon.. 2month after that aku ada krisis dgn bdk baru tu.. then bff aku support bdk tu.. and MAKI2 AKU... defak ahh...mmng aku panas.. tp lantak ah.. mls aku nk lyn.. tp yg aku xbole blah tu.. dia kaitkan ex aku.. dia in8 ex msuk dlm group kiorg gadoh (time tu ex aku dh pkai fon bru) .. ex aku ni prob dia... dia pantang org gadoh2 kait dgn dia... then dia ckp.. dia dh mls dgn aku.. time tu.. bkn patah seribu.. tp bilion dh yg patah.. allah ja yg tau.. lemah gila aku time tu.. aku nangis2 mintak kt dia.. jgn tinggalkan aku.. mmng aku sygkan dia gila2 time tu.. tp dia buat xkisah.. semalaman aku mnangis.. dah la esk hari tu aku ada activiti.. demam aku esk tu.. tp nk buat mcm mna.. dia dh xbole terima aku.. then lepas sbulan kes tu trjadi.. bff aku tu.. contact aku.. mintak maaf.. then ckp dia brsalah bagai.. aku pon mls nk gado lg.. then aku maafkan dia.. tp aku xkn prnah prcyakan dia lg.. pastu.. dia ada bgtau aku.. yg ex aku.. mintak cpl dgn dia.. SHIT F**K tol.. then aku tnya kau trima ke? dia ckp tak... ohh.. ok~~ after 2month.. aku brbaik2 dgn ex aku tu balik.. then.. stlah aku pujuk2 dia.. aku dpt balik hati dia.. then kiorg getback.. tp xlma.. 2mnggu ja.. dlm msa 2mnggu dia bole buat aku tawar hati dgn dia.. mnggu first kiorg ok.. then mnggu kdua tu.. dia mkin pelik.. dia xnk org tau yg kmi getback.. dia xnk kmi getback in game tu lg.. just in real dia ckp.. pastu aku mkin curiga bla aku bkak inbox game dia.. and nmpk ada pompuan ni,, duk massage dia selang 2 hari pastu.. gmbar profile diorg kat tempat dgn sama ... aku dh slow time tu.. then aku jumpa pompuan tu sndiri.. ckp baik2.. and pompuan tu cakap.. diorg dh cpl 2~3hari dah.. and ex aku ckp.. kiorg dh putus lama dh.. mmm.. time tu.. xda lagi air mata aku.. aku ws ex aku.. ckp elok2.. yg aku tarik diri dlu...  dia just reply... ok biy.. dlm hati aku.. (biy2 barbies kau).. hadeh.. skrg ni.. bhong la kcau aku ckp.. aku benci dia.. aku xdapat nk benci dia.. wlau apa pon yg dia buat.. and aku rindu dia.. tp aku xkan tunjuk kan semua tu kt dia.. dia ada pernah pakai id lain and jumpa aku.. dia mnyamar la konon.. then buat2 mcm antara kmi xda masalah langsung.. dia bole tnya aku.. benci dia ke?? aku just ckp.. no comment.. then dia xcontact aku smpai skrg.. tp aku still stalk dia.. (KADANG2 OK) buat lepas rindu yg haram ni.. hahaha.. and.. btw.. smpai skrg.. klau aku dgr lagu bintang hati.. aku akn automatic down.. lagu tu la lagu yg mnjadi memori kmi brdua,.. btw after 3month kes smua tu.. bff aku yg sorang lagi.. contact aku ckp yg bff aku yg ex aku mintak cpl tu.. dh cpl dgn ex aku.. tp dia tkot nk cerita.. WTH btol la.. sakit hati tahap.. tp aku pelik jugak.. sebab ex aku.. letak gmbar dp fb dgn game gmbar pompuan yg aku jmpa tu.. xkn bff aku tu kemaruk kt ex aku sorg2.. hahaha.. lawak jugak bla pikir.. tp tah la.. mls nk pikir.. yg aku sure skrg.. LAKI.. 50% je yg bole prcya...sma la pompuan pon.. xsmua bole prcaya.. tp ada yg aku sure jugak.. ada hikmah semua ni brlaku.. kalau aku stay dgn dia.. sampai bila? kami lain agama.. mcm yg kwn2 real aku nasihatkan aku.. hg cinta mati pon.. belum tentu dia trima islam.. hmph... ada betol jugak apa yg diorg ckp tu.. biar lah dia bhgia dgn awek baru dia.. btw bdk tu pon crist jugak .. and bdk indon.. hahaha.. whatever lahh~~ hahaahaha...

Wednesday 30 September 2015

pengalaman hidup di University

Lama aku tak bukak blog aku.. hahaha.. mungkin dulu2 je bukak.. masa zaman sekolah menengah.. mmm.. zaman yang tak banyak masalah... zaman yang aku tak perlu pikir duit.. pikir masa depan.. tak perlu pikir banyak.. dan yang paling penting.. zaman bersuka ria... zaman berseronok dengan kawan.. tapi.. bila dah masuk alam University ni.. mmm.. semua benda tu hilang sekelip mata.. walaupun dulu aku masa sekolah menengah.. aku tak sabar nak abiskan sebab nak jadi akak2 yang aku bangga selama ni.. iaitu.. budak U.. tapi bila dah masuk.. aku rasa.. macam dah nak giveup.. aku tak sanggup lagi.. dengan masalah2 yang timpa.. first masalah duit.. dulu masa sekolah menengah.. aku tak kisah pasal duit.. sebab hari2 mak aku kasi.. hari2 mintak duit.. sekarang? aku bole mintak seminggu sekali.. memang sekali mintak amount dia.. sedap gak la.. tapi.. aku kena survive dengan duit tu.. makan.. barang assigment.. segalanya... bila duit tak cukup seminggu.. mula la gelisah.. sebab takut nak mintak.. mmm.. jimat? tu la masalah.. jimat la macam mana pon.. duit tetap tak cukup... kalau aku tak makan.. dia habis kt lain.. sama ja.. then pasal pelajaran.. ok.. semua subject ok ja lebih kurang sekolah.. atau.. kat tuisyen tapi.. yang paling aku tak suka.. bila nak abis final exam.. time tu la assigment lecture bagi.. macam nak pecah otak.. folder kt laptop jangan cakap la.. sampai berserabut.. penuh desktop.. alahai.. bila dah siap.. pehh!! heaven gila rasa.. tapi.. jap je.. abis2 seminggu pastu.. struggle lak kt final.. mmm.. tu la yang paling gila.. bila dah abis final.. ahhh... rasa macam dunia aku yang punya.. hahahahha... sebab dah cuti sem.. yang paling best bila abis final sebelum kawan.. hahahaha.. time tu.. seronok duk kacau kepala diorang.. hahahaha.. (jahat kadang2).. then.. bermula cuti sebulan.. SEBULAN SETENGGAH je ok.. jangan kau harap nak cuti macam budak sekolah.. haha.. mmm.. dah abis sebulan time setengah tu la saat2 yang menakutkan.. saat result final keluar.. alahai.. time tu.. macam2 rasa ada.. takut.. gelisah.. seram sejuk.. alahai.. lagi menakutkan dari cerita hantu ok.. pastu.. bila dh keluar result.. yang mana result ok.. melompat lah.. yang mana kena repeat.. mmm.. rasa macam nak quit ja.. serious.. Allah jela yang tahu perasaan time tu... tp selagi tak dismiss kita sambung ja.. cuba lagi dan lagi.. tapi be ready la kena hadap kawan2 yang nak tanya kat sem depan tu.. kalau jumpa geng2 berlagak tu.. sabar jela.. kadang2 result diorang tu atas urat ja,, tp poyo je lebih.. hahaha... Roommate bagi yang dapat roommate baik,bole masuk kepala,rajin,bukan suka menyibuk or buzybody.. ok la tu.. bagi yang dapat pengotor,pemalas,suka mengata belakang,suka sibuk hal kita,suka pinjam barang tak cakap,kedekut dan perkara2 yang sewaktu denganya.. harap bersabar jela.. dugaan korang je tu.. hahahaha... tapi nasib baik aku la.. dapat roommate yang tak ada perkara2 buruk tu.. bole masuk kepala la.. dah dua sem duduk dengan diorang.. senang.. rasa macam kawan lama.. padahal.. baru kenal time mula2 masuk dulu.. hahaha.. roommate main peranan yang banyak ok.. hahaha.. tapi tu la.. hidup kat U ni.. memang banyak masalah.. tapi semua tu kita yang corakkan.. kalau kita sombong.. malas.. memang merana la hidup kita.. hidup kat U memang kena pandai bawak diri.. kawan2.. diorang tak akan ada tuk kita 24jam.. pasal boyfriend bagai tu.. mmm.. kalau bole.. hindarkan lah.. melainkan boyfriend korang tu bole bawak bincang.. sebab kat U ni.. ramai budak phyco.. gila seks jangan cakap..haishhh.. nearby tu.. hati2 la.. jangan ingat muka hensem and baik and bagi salam tu baik2 berlaka.. kadang2 berlakon ja semua tu,,, and.. jangan mudah percaya dengan kata2 diorang.. kalau diorang ajak overnight.. pastikan betol2 kenal and bawak kawan2.. actually overnight tu perkara biasa bila korang kat U.. time tu la korang nak release tension.. so.. bukan nak ajar.. tapi.. try la overnight.. korang akan rasa hilang stress yang ada.. tapi pastikan keluar dengan kawan2.. nak bawak kawan laki bole.. tapi pastikan kawan pompuan lagi ramai dari laki tu.. contoh 1;3 la.. laki perlu jugak time overnight.. sebab sekurangnya kita ada protector.. hahahah.. tapi jangan la gian lak.. sesetengah orang yang tak pandai jaga diri.. diorang mungkin akan terkena penyakit biasa pada budak U.. iaitu penyakit culture shock.. tu perkara biasa la yang terjadi.. so hati2 dalam pilih kawan dekat U... rasanya setakat ni je kot pengalaman hidup aku kat U.. walaupun baru sem 2.. tapi ni semua adalah perkara yang berlaku dalam hidup aku... still ada lagi 3 sem.. harap2 bertahan lah.. hahaha.. We are the one who colours our life.. not people around us..